Wednesday 12 August 2015

3.0 Tahap Pembangunan IKS Luar Bandar



Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah komponen yang penting dalam ekonomi negara, mewakili 99.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang diwujudkan di negara ini. Sektor ini menawarkan 5.6 peratus peluang pekerjaan serta menyumbang kira-kira 32 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berikutan peranan dan sumbangan besar sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada ekonomi negara, kerajaan menjadikan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai satu agenda utama negara dan sumber yang penting ke arah mengubah model ekonomi Malaysia kepada model ekonomi baru yang berpandapatan tinggi.
Membangunkan sejumlah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan turut memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara. Sesetengah ekonomi yang maju telah berjaya kerana IKS merupakan bahagian utama ekonomi negara itu, mencukupi lebih 98% daripada jumlah organisasi dan menyumbang lebih 65% kepada pekerjaan serta lebih 50% daripada keluaran domestik negara. Meskipun di Malaysia angkanya mungkin lebih rendah, IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk pertumbuhan masa hadapan negara.
Berdasarkan statistik yang di perolehi dari laman sesawang SME info, iaitu sumber setempat untuk rujukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Didapati sebanyak 644 buah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di Sarawak. Ini adalah termasuk industri perkilangan (termasuk asas tani), perkhidmatan berkaitan perkilangan, perlombangan dan kuari, perkhidmatan (termasuk ICT), pembinaan, pertanian utama dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment