Wednesday 12 August 2015

2.0 Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)



Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendifenisikan IKS sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan)
Definisi IKS ialah dengan melihat ciri-ciri modal berbayar serta tenaga kerja. Bagi Industri Kecil, modal berbayarnya adalah kurang dari RM 500 000 dan memiliki tenaga kerja tetap diantara 5 hingga 50 orang. Manakala Industri Sederhana pula memiliki modal berbayar diantara RM 500 001 hingga RM 2.5 juta dan mempunyai tenaga kerja tetap diantara 51 hingga 75 orang. IKS juga dapat dikenalpasti melalui pembahagian tugas dalam operasinya. Kebanyakan pembahagian tugas yang terdapat dalam IKS adalah tidak jelas. Sudah menjadi kelaziman dalam sektor IKS, seorang pekerja itu dapat melakukan beberapa fungsi atau tugas operasi seperti operator pengeluaran, juruteknik, kerana, pegawai pemasaran, pegawai akaun dan sebagainya dalam waktu atau masa yang sama.
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

No comments:

Post a Comment