Wednesday 12 August 2015

1.0 Pengenalan


Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah Berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di Malaysia yang kualitinya standing dengan barang luar Negara, malah kemungkinan besar lagi baik daripada produk luar Negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi kita perlu membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan dan sebaliknya membina semangat ‘Malaysia Maju’ dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Produk Malaysia telah menjadi bahan bualan tidak kira rakyat Malaysia atau luar Negara. Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan memfokuskan kawasan luar bandar. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS luar bandar telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Antara contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Industri inilah telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara tidak langsung. Walaupun IKS ini bersifat sederhana pendapatanya, tetapi kepesatan dalam proses perniagaan adalah seiring dengan kemajuan Negara.

No comments:

Post a Comment